Sunday, August 15, 2010

AKU ALAM YANG PUNYA

Dan aku lihat alam itu luas,
Tiap zarah punya tempat,
Tiap molekul punya ruang,
Aku fikir aku juga,

Dan aku lihat hati itu sempit,
Dihimpit perasaan duka,
Disumbat kenangan lama,
Kering, kuning, hancing,

Lepaskan aku.

Aku kepunyaan alam,
Tak mahu dibelenggu olehmu,
Lepaskan,
Aku bosan,
Dipermainkan kamu.

Aku alam punya,
Hati aku alam punya.
Sudah-sudahlah,
Pergi cari ruangmu sendiri.

Thursday, August 5, 2010

RAMA-RAMA

Sungguh ku tak sangka,
Rama-rama boleh hidup,
Dalam badan manusia,

Kerana,
Tiap aku kali aku terpandang wajahmu,
Aku terasa kehadirannya,
Dalam perutku.

Kenapa kau kejutkan rama-rama dalam perutku?

Tertanya kau kejam,
Pantang lihat aku senang.

Adeh... Adeh...
Jangan terbang lagi wahai rama-rama,

GELI!

Tuesday, August 3, 2010

AKU LIHAT DIRI AKU

Dulu,
Aku keliru,
Kita ini apa?

Kau kongsi semua dengan ku,
Kata kau,

Mahu cari yang tidak berhutang,
Kerana diri mu sendiri banyak berhutang,

Aku lihat diri aku,

Mahu cari yang tidak hensem,
Kerana takut direbut orang,

Aku lihat diri aku,

Mahu cari yang boleh faham karier mu,
Kerana tidak ramai yang boleh faham,

Aku lihat diri aku,

Lalu aku nyatakan hasrat,
Kau meminggirkan...

Dan semua itu bukan aku,
Aku malu.

Sebab aku lihat diri aku,
Dalam tiap tutur mu dulu.

Damn.

Monday, August 2, 2010

TAKIR SI PENGEMIS

Aku hirup jejes-jejes,
Yang melimpahi takirnya,

Yang kau penuhi,
Dengan sayang-sayang mu,

Biar aku tak pernah perolehi,
Terus dari hatimu,

Biar aku hirup,
Dari takir mereka yang tak pernah hargaimu,

Kerna aku malu,
Menagih yang bukan milik-ku.

PENDEKAR GENJATAN SENJATA

Mari...
Kamu datang bagai nak kekah...
Hunus belati mata tajam meningkah...
Dengan garang kau melangkah...
Merapati aku yang rebah...

Ragut saja mana yang tersisa,
Jasad aku tiada lagi perkasa,
Sesungguhnya pisau mu itu tidak berbisa,
Percayalah, bukan itu yang buat aku resah.


Aku rebah kerna kamu,
Mata mu.. Suara mu... Rambut mu...
Biar tiada yang menikam jantung,
Tiada yang merenggut kerongkongan,
Tapi aku mati.. Jiwa aku mati..

Aku rela mati dipanah asmara mu,
Dari kau berjauhan dari ku...